Wednesday, 16 May 2018

http://www.sinarharian.com.my/edisi/pahang/ngo-mahu-isu-lynas-diteliti-1.835219



NGO mahu isu Lynas diteliti

Erma Yusnida Jusoh
16 Mei 2018

             
KUANTAN - Kerajaan diminta meneliti semula isu kilang Lynas dengan mewujudkan jawatankuasa khas untuk mengkaji aspek berkaitan syarat perlesenan dan operasi kilang tersebut.

Pengerusi Badan Bukan Kerajaan (NGO) Save Malaysia Stop Lynas, Tan Boon Teet berkata, pihaknya berharap dalam tempoh 100 hari, kerajaan dapat memberi fokus terhadap isu Lynas.

Menurutnya, banyak isu yang masih belum selesai termasuk di mana sisa buangan dibuang selain tidak pernah mengadakan dialog bersama penduduk Kuantan.

“Lynas sebelum ini tidak pernah berdialog dengan warga Kuantan untuk menjelaskan mengenai operasi kilang mereka.
Advertisement

“Justeru, selepas kerajaan baru dibentuk, saya amat mengharapkan isu ini diberi perhatian kerana ia melibatkan soal keselamatan awam dan alam sekitar,” katanya kepada pada sidang media di Pusat Khidmat Dun Semambu, di sini, hari ini.

Hadir sama, Ahli Parlimen Bentong, Wong Tuck dan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh. Wong Tuck bersama Fuziah dan wakil NGO pada sidang media yang diadakan.

Sementara itu, Wong Tuck berkata, pihaknya tetap komited memperjuangkan isu Lynas terutama selepas kerajaan baru dibentuk.

Beliau berkata, mesej yang ingin disampaikan adalah jelas iaitu mahu operasi Lynas mengikut prosedur.

“Kita tidak tahu sejauh mana selamatnya kilang Lynas dan tidak berkompromi terhadap sebarang isu keselamatan awam dan alam sekitar.

“Usaha secara komprehensif akan dilakukan untuk memastikan kilang itu mematuhi prosedur dari pelbagai aspek,” katanya.

Wong Tuck menegaskan, pihaknya akan pastikan rakyat dan persekitaran dilindungi daripada sebarang pencemaran ekoran operandi kilang itu.

Dalam pada itu, Fuziah menawarkan diri untuk menjadi orang tengah antara Lynas dengan penduduk, NGO dan kerajaan untuk berbincang isu tersebut.

Katanya, perkara yang timbul perlu dijelaskan dengan telus.

“Cukuplah Lynas mendapat perlindungan daripada kerajaan sebelum ini.

“Saya percaya, kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan membiarkan projek mega seperti Lynas diteruskan jika memberi kesan kepada rakyat dan alam sekitar,” katanya.
                                                                      En. Tan Bun Teet
 Ahli Parliament Kuantan, Ahli Parliament Bentong, YB Dun Semambu, Himpunan Hijau, Gelombang Hijau & Gerakan Anti Bauxite

No comments:

Post a Comment