Wednesday, 16 May 2018

https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2018/05/426507/jawatankuasa-khas-kaji-aspek-keselamatan-kilang-lynas

Jawatankuasa khas kaji aspek keselamatan kilang Lynas

 


AHLI Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh (duduk, dua dari kiri), Ahli Parlimen Bentong, Wong Tuck (duduk, tiga dari kiri) dan Pengerusi Save Malaysia Stop Lynas (SMSL), Tan Bun Teet (duduk, dua dari kanan) dalam sidang media di pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Semambu. - Foto Shaharinnahar Ab Latib


Oleh Shahrinnahar Latib
cnews@nstp.com.my

KUANTAN: Kumpulan anti-Lynas hari ini meminta kerajaan Pakatan Harapan (PH) supaya menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk mengkaji semula aspek penetapan syarat dan operasi yang dikenakan terhadap kilang memproses nadir bumi itu di Kawasan Perindustrian Gebeng, dekat sini.

Pengerusi Save Malaysia Stop Lynas (SMSL), Tan Bun Teet, berkata perkara itu perlu diberi keutamaan kepada kerajaan kerana ia membabitkan soal keselamatan dan kesihatan rakyat di daerah ini.

"Kita harap dapat kaji semula segala aspek keselamatan kilang berkenaan. Kita harap ia dapat dilaksanakan dalam tempoh 100 hari pemerintahan kerajaan baharu ini," katanya pada sidang media di pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Semambu di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Bentong, Wong Tuck dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu, Lee Chean Chung.

Bun Teet berkata, banyak isu yang masih belum selesai, termasuk di mana sisa buangan bahan mineral itu dibuang selain pihak syarikat itu didakwa tidak pernah mengadakan dialog bersama penduduk Kuantan.

"Lynas sebelum ini tidak pernah berdialog dengan warga Kuantan untuk menjelaskan mengenai operasi kilang mereka.

"Justeru, selepas kerajaan baharu dibentuk, saya amat mengharapkan isu ini diberi perhatian kerana ia membabitkan soal keselamatan awam dan alam sekitar," katanya

Sementara itu, Wong Tuck, berkata pihaknya tetap komited memperjuangkan isu Lynas, terutama selepas kerajaan baharu dibentuk malah mesej yang ingin disampaikan adalah jelas iaitu mahu operasi kilang berkenaan mengikut prosedur.

"Kita tidak tahu sejauh mana selamatnya kilang Lynas dan tidak berkompromi terhadap sebarang isu keselamatan awam dan alam sekitar. Usaha secara komprehansif akan dilakukan untuk memastikan kilang itu mematuhi prosedur dari pelbagai aspek,"katanya.

Fuziah pula berkata, beliau menawarkan diri untuk menjadi orang tengah antara Lynas dengan penduduk, NGO dan kerajaan untuk berbincang isu berkenaan.

"Cukuplah Lynas mendapat perlindungan daripada kerajaan sebelum ini. Saya percaya, kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan membiarkan projek seperti Lynas diteruskan jika memberi kesan kepada rakyat dan alam sekitar," katanya.

2 comments:

  1. Are you in need of a loan? Do you want to pay off your bills? Do you want to be financially stable? All you have to do is to contact us for more information on how to get started and get the loan you desire. This offer is open to all that will be able to repay back in due time. Note-that repayment time frame is negotiable and at interest rate of 3% just email us (creditloan11@gmail.com)

    ReplyDelete
  2. DO YOU NEED A LOAN? CONTACT US NOW FOR ANY KIND OF LOAN AT A LOW INTEREST OF 2%.( stephenswillsloan@gmail.com )

    Our loans are well insured for maximum security is our priority, Our leading goal is to help you get the service you deserve, Our Loan program is the quickest. We give out loan in any currency of your choice {Us Dollar, pounds, Euro, Dinar, etc} and duration of 1 to 30 years to pay back the loan (secure and unsecured).

    Do you need any kind of loan and have low credit score, Have you find it difficult to get loans
    from local banks and other financial institutions? solution to your financial problem is STEPHEN WILLIAMS LOAN FIRM. The terms and conditions are very reasonable and considerate.

    We offer a wide range of financial services which includes: Xmas Loans, Business Loans, Debt Consolidation Loans, Personal Loans, Car loans, Hotel loans, Student loans, Home Refinancing Loans with low interest rate @2% per annul for individuals, companies and corporate bodies.

    Interested applicants should Contact us via email: stephenswillsloan@gmail.com. Apply and be free from financial bondage.

    ReplyDelete