Friday, 13 July 2012

714 Hari Bertindak Kebangsaan Untuk Menghentikan Lynas

Panggilan Kepada Semua Rakyat Malaysia Untuk Menegakkan Hak Anda Untuk Masa Depan yang Bersih dan  714 Ialah Hari Bertindak Kebangsaan Untuk  Menghentikan Lynas


Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) ingin menyeru kepada semua rakyat yang prihatin, organisasi-organisasi bukan kerajaan dan parti-parti politik untuk berganding bahu menyertai dan menyokong kami  untuk menunjukkan kepada Kerajaan bahawa rakyat Malaysia mahukan masa depan yang bersih dan selamat.

Bersama-sama dengan kami  lah untuk membuktikan kepada Kerajaan bahawa anda akan berdiri  dengan teguh untuk mempertahankan hak-hak anda, untuk melindungi pelaburan anda dan keluarga anda untuk membina negara yang kuat, sihat dan bersih untuk seluruh rakyat Malaysia.

Setiap daripada kita telah bersungguh-sungguh dan bekerja keras untuk membina kehidupan kita; untuk mengadakan peruntukan bagi keluarga kita. Setiap hari, berjuta-juta penduduk biasa, rakyat Malaysia-muda dan tua dan wanita, kanak-kanak  dan dewasa, lelaki dan perempuan berusaha untuk memperbaiki kehidupan kita melalui kerjaya  kita, perniagaan kita, kajian kita, keluarga kita dan rakan-rakankita.

Kita telah banyak melaburkan masakita, tenaga kita dan wang ringgit untuk membina kehidupan kita, keluarga kita, pekerjaan kita, perniagaan kita dan menaruh harapan agar  negara kita menjadi  lebih baik dan selamat. Kami mahu menjadi bangga sebagai  rakyat Malaysia!

Namun kini , sebuah  syarikat perlombongan asing dari  Australia, iaitu LynasCorporation mengancam dan menjadi satu halangan kepada  harapan-harapan murni kita, dan bakal merosakkan masa hadapan  kita dengan membina loji pemprosesan nadir bumi terbesar di dunia di pesisir pantai kami - secara asasnya atas dasar bebas cukai!
Kami warga kerja Malaysia, yang juga merupakan pembayar cukai terbesar negara, sekarang kita diminta oleh Kerajaan untuk hidup dengan loji nadir bumi gergasi di persekitaran kediaman kita. Kita perlu untuk melakukan SEGALANYA sehingga kita menghentikannya!!

Jika projek Lynas ini tidak dihentikan, Malaysia akan bakal tercemar dengan imej yang buruk sebagai  tapak perlupusan terbesar di dunia bagi sisa nadir bumi untuk sebuah syarikat Australia yang banyak memperolehi perlindungan dan imuniti dari Kerajaan  berbanding dengan kita rakyat jelata. Kita tidak lagi akan pasti jika makanan laut segar kita masih selamat dari pencemaran sisa nadir bumi kelak,  kita akan was-was jika air yang kita minum masih bersih dan bebas daripada pencemaran dan jika udara yang kita sedut adalah bebas daripada zarah radioaktif atau mana-mana bahan cemar lain.

Apakah ertinya titik peluh dan  kerja keras kita  jika kita akhirnya hidup dalam keadaan ketakutan oleh pencemaran? Kita adalah  warganegara, anak bumi ini,  pembayar cukai di negara ini dan keluarga kita akan meneruskan hidup dengan pengakhiran hidup yang penuh  dengan risiko dan bahaya dari bahan buangan radioaktif Lynas 'selama-lamanya. Malaysia akan menjadi bahan ketawa dunia manakala Lynas dan pemilik-pemilik saham kapitalisnya akan ketawa ke bank sambil mengambil kesempatan meraih keuntungan besar bagi diri mereka pada kebodohan dan  kemurahan hati kita!

Bukit Merah dan tragedi yang dialami oleh penduduk –penduduk tempatan dan pekerja-pekerja kilang Asean Rare Earth adalah dari bentuk  kematian awal; kanser yang terminal, kecacatan kelahiran, keguguran dan pelbagai lagi kes berkaitan kesihatan sehingga ke hari ini - tidak pernah diuruskan oleh Kerajaan. Malah sentiasa dinafikan dan disorokkan fakta-faktanya!
RareEarth Asia Mitsubishi (ARE) kilang ditutup lebih daripada dua puluh tahun yang lalu, namun AELB,selaku  yang pihak berkuasa dan bertanggungjawab bagi kerja-walaupun itu pembersihan yang telah gagal untuk menghapuskan semua sisa toksik yang dibuang oleh loji nadir bumi walaupun AS $ 100 juta kos pembersihan yang telah dibayar oleh Mitsubishi . Hari ini, di persekitaran Bukit Merah dan berhampiran bandaraya Ipoh, timbunan sisa toksik masih tertinggal di mana mereka mencampakkannya, ianya kekal, terus mencemarkan tanah dan air, menimbulkan risiko kesihatan dan bahaya kepada penduduk tempatan yang suatu masa dahulu, hidup tanpa curiga.

Setelah berdepan dengan fakta kegagalan ARE dan pencemaran yang ditinggalkannya, AELB sekali lagi gagal melakukan tindakan yang betul untuk melindungi rakyat yang merupakan pembayar cukai di negara ini, malah AELB telah bertindak untuk mengeluarkan satu lesen operasi kepada Lynas Corporation.Tindakan ini amat mendukacitakan kita rakyat Malaysia yang berharap kepada perlindungan dan penguatkuasaan dari pihak AELB.

Kilang Lynas adalah hakikatnya sepuluh kali lebih besar dari kilang ARE dan  beratus-ratus kali  lebih sisa nadir bumi akan dihasilkan dan ditinggalkan di kawasan padat dari segi alam sekitar dan penduduk sosial Malaysia.

Melalui beberapa siri tindakan yang berbentuk protes oleh SMSL di Pahang dan di Kuala Lumpur, kami telah berjaya mewujudkan beberapa tekanan ke atas kerajaan – iaitu untuk mengenakan syarat-syarat tertentu ke atas Lynas sebelum lesen operasi dapat dikeluarkan. Kelewatan itu telah menyebabkan kerugian yang serius untuk Lynas - sebulan $ 10 juta menurut Lynas.  Ini merupakan suatu pencapaian  bagi kita, tetapi ia tidak cukup baik sehingga loji nadir bumi ini DIHENTIKAN terus!

Jangan sekali-sekali berfikir bahawa  masalah loji nadir bumi Lynas adalah isu Kuantan sahaja. Ia BUKAN. Ia adalah masalah negara dan setiap rakyat yang mempunyai akal harus bertindak, dan menghentikannya sebelum ianya terlambat

Kempen Stop Lynas adalah kempen terbesar dan terkuat pernah disaksikan di Malaysia. Jika kita gagal hari ini untuk menghentikan  Lynas, ia akan memberi Kerajaan kuasa untuk melakukan apa yang mereka suka  tanpa merujuk kepada kita! Tidak mustahil sekiranya nanti kita akan mempunyai loji janakuasa nuklear, kita akan mempunyai estet  petro kimia di Pengerang , dan kita akan menerima lagi  banyak industri yang lebih toksik dan berbahaya berlabuh di pantai-pantai kita! Jika kita tidak berdiri bersama-sama berganding bahu untuk melawan pertempuran besar terhadap Lynas ini sekarang, kita tidak akan mempunyai peluang untuk memenangi mana-mana pertempuran yang lain.

Negara-negara maju tyang lain telah makin mengetatkan undang-undang alam sekitar mereka untuk mengekan pencemaran alam sekitar dan juga untuk menenggani  kerana ancaman perubahan iklim. Mereka iini akan menyebabkan banyak syarikat –syarikat besar yang mencemar memburu  untuk mencari negara-negara yang mereka anggap “syurga longgar undang-undang” untuk meletak pelaburan kotor mereka untuk melarikan diri dari undang-undang yang ketat dan cukai berat di negara mereka sendiri
Kita mahukan  Malaysia menjadi kebanggaan ASEAN, bukan tempat lambakan bagi bahan pencemaran jangka panjang. Langkah pertama untuk kita memulihkan kebanggaan kita dan maruah kita adalah untuk berdiri bersama-sama untuk melawan Lynas.

Marilah kita membuat supaya suara kita didengari dan dan dipatuhi. Marilah kita menunjukkan kepada kerajaan kita bahawa kita adalah manusia yang layak menerima sebagaimana orang-orang yang hidup di negara-negara maju. Kita mahu masa depan kita boleh berbangga, duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan mereka yang tinggal di negara-negara maju!
Datang dan bersamalah menyertai kami sebagai SMSL.

2 comments:

  1. Testimony of Restoration with the help of Martinez Lexie(Lexieloancompany@yahoo.com OR +18168926958)..

    I have been in financial mess for the past months, I'm a single mum with kids to look after. My name is Renee Joan Rothell, and am from Ridley Park, Pennsylvania. A couple of weeks ago My friend visited me and along our discussion she told me about Mr Martinez Lexie of ( Lexieloancompany@yahoo.com ); that he can help me out of my financial situation, I never believed cause I have spend so much money on different loan lenders who did nothing other than running away with my money. She advised, I gave it a try because she and some of her colleagues were rescued too by this Godsent lender with loans to revive their dying businesses and paying off bills. so I mailed him and explain all about my financial situation and therefore took me through the loan process which was very brief and easy.. After that my loan application worth 78,000.00 USD was granted, all i did was to follow the processing and be cooperative and today I am a proud business owner sharing the testimony of God-sent Lender. You can as well reach him through the Company website: http://lexieloans.bravesites.com OR text: +18168926958


    ReplyDelete
  2. Ever wanted to get free Twitter Re-tweets?
    Did you know that you can get them ON AUTOPILOT AND ABSOLUTELY FOR FREE by registering on Like 4 Like?

    ReplyDelete