Thursday, 8 August 2019



https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSevR_xxRof_tVq4cd9IKRr89SZ8EzJFEyydTXAmmu2F23SyVQ/viewform


LAPORAN REAKSI AM (LRA) KHAS ONLINE: LANJUT ATAU TIDAK PERMIT OPERASI LYNAS CORPLynas Corporation Ltd Malaysia (Lynas Corp)/ Lynas Advanced Materials Plant (Lamps) adalah sebuah kilang pengeluaran nadir bumi yang terletak di Gebeng, Kuantan, Pahang. Loji ini telah beroperasi sejak 2012 dengan status “perintis strategik” yang membolehkan syarikat itu menikmati pengecualian cukai selama 12 tahun.

Lynas Corp merupakan sebuah syarikat Australia yang diberikan kelulusan pada Januari 2008 untuk mendirikan sebuah kilang di Pahang, telah melabur sebanyak RM3 bilion selain RM500 juta dibelanjakan bagi pelbagai tujuan yang memberi manfaat ekonomi negara. Sejak beroperasi, Lynas telah menyediakan peluang pekerjaan kepada kira-kira 700 penduduk tempatan dalam pelbagai bidang.

Lynas Corp, pengilang nadir bumi Australia kini berada di landasan untuk memperbaharui lesen operasinya di Malaysia yang berakhir pada 2 September ini, berdepan dengan isu perundangan dan beberapa pertikaian dengan Kerajaan Malaysia berhubung pelupusan sisa radioaktif paras rendah yang dihasilkan oleh loji pemprosesannya di Malaysia.

Ini berikutan kerajaan masih menunggu cadangan Lynas Corp dalam mengendalikan nadir buminya sebelum pembaharuan lesen berkenaan yang akan diputuskan oleh Kabinet serta diumumkan pada 15 Ogos ini.

Kajian ini dilaksanakan bagi mendapatkan reaksi masyarakat di daerah Kuantan; Bentong; Pekan; Maran; di Pahang dan Kemaman di Terengganu mengenai pelanjutan permit operasi Lynas Corp.
Tempoh Kajian: 08 - 13 Ogos 2019



No comments:

Post a Comment