Sunday 11 March 2012

The Scandoulous Menteri Besar

From today onwards, more of those Government servants' irresponsible manner will be posted at https://www.facebook.com/MenteriLynas as a record! We welcome your email to share with us your info too!


































Berkenaan Menteri Besar Pahang mengamuk dan mengutuk wartawan akhbar Cina "wartawan bodoh" serta menjerit untuk menghalau wartawan akhbar cina keluar dari sidang akhbar di Zenith Hotel pada Sabtu la lu (10 Mar 2012), wartawan Sinchew berkongsi suara hatinya.

Katanya, “Saya betul-betul terkejut!”
For English, you can translate this original article http://www.sinchew.com.my/node/239739?tid=1 
Pada saat MB mengeluarkan tangan beliau kepada arah kami berniat untuk merampas kamera, perasaan saya tegang sekali....
 
Apabila menerima arahan untuk menghadiri sidang akhbar MB, Saya telahpun ada persediaan mental(menurut rekod lalu dan kefahaman saya terhadap perangai MB) bahawa MB mesti membuat kritikan atau perli terhadap isu Lynas(kilang pemproses rare earth yang kian masih dibina di Gebeng)
 
Memang ia berlaku. Pada permulaan ucapan pembukaan pameran buku hari itu, ucapan MB tersentuh isu Lynas, termasuk suruh wartawan untuk baca buku, tambahkan ilmu.

Mula-mula dalam sidang akhbar, MB bersuara lembut. Ketika beliau ditanya pasal anti Lynas, beliau terus meningkatkan suara dan banyak kali menekankan bahawa beliau tidak pernah kata hendak menyimpan sisa radioaktif Lynas di Sungai Lembing.

MB makin cakap makin marah sehingga hilang kawalan emosi sendiri dan berulangkali menunjuk jari ke wartawan akhbar cina untuk mengutuk semua akhbar cina dan wartawannya sebagai wartawan bodoh (stupid, stupid reporter) !

Walaupun saya amat marah juga, tapi terus bersabar hati lah memandangkan situasi itu akan menjadi isu besar lagi jika hendak membalas MB ini.

Selepas itu, kami ingat sidang akhbar sudah berakhir, secara tak terjangka, semasa MB diteman untuk melayari kaunter pameran buku, beliau pusing balik untuk terus memarahi kami semua wartawan cina.

MB mengulang reaksi itu dua hingga tiga kali dan akhir sekali beliau meningkatkan lagi suara dan menjerit “keluarlah! (Get Out!)” pada kami. Ramai orang ada di sekeliling kami.

Saya terus mengangkat kamera untuk mengambil gambar kelakuan yang terlampau MB itu!
Malah, MB menjadi garang sekali, beliau mengeluarkan tangan ke arah saya dan berniat untuk merampas kamera tapi dihalang.

Nasib baik, tangan MB hanya jadi menolak kamera, tapi pada ketika itu, saya betul-betul terkejut!  

No comments:

Post a Comment