Facebook event page : https://www.facebook.com/events/416717311707374/
Save Malaysia
Stop Lynas (SMSL) ingin menyeru kepada semua rakyat yang prihatin, organisasi-organisasi
bukan kerajaan dan parti-parti politik untuk berganding bahu menyertai dan
menyokong kami untuk menunjukkan kepada Kerajaan
bahawa rakyat Malaysia mahukan masa depan yang bersih dan selamat.
Bersama-sama
dengan kami lah untuk membuktikan kepada
Kerajaan bahawa anda akan berdiri dengan
teguh untuk mempertahankan hak-hak anda, untuk melindungi pelaburan anda dan
keluarga anda untuk membina negara yang kuat, sihat dan bersih untuk seluruh
rakyat Malaysia.
Setiap daripada
kita telah bersungguh-sungguh dan bekerja keras untuk membina kehidupan kita;
untuk mengadakan peruntukan bagi keluarga kita. Setiap hari, berjuta-juta
penduduk biasa, rakyat Malaysia-muda dan tua dan wanita, kanak-kanak dan dewasa, lelaki dan perempuan berusaha
untuk memperbaiki kehidupan kita melalui kerjaya kita, perniagaan kita, kajian kita, keluarga
kita dan rakan-rakankita.
Kita telah banyak
melaburkan masakita, tenaga kita dan wang ringgit untuk membina kehidupan kita,
keluarga kita, pekerjaan kita, perniagaan kita dan menaruh harapan agar negara kita menjadi lebih baik dan selamat. Kami mahu menjadi
bangga sebagai rakyat Malaysia!
Namun kini ,
sebuah syarikat perlombongan asing
dari Australia, iaitu LynasCorporation mengancam
dan menjadi satu halangan kepada harapan-harapan
murni kita, dan bakal merosakkan masa hadapan kita dengan membina loji pemprosesan nadir bumi
terbesar di dunia di pesisir pantai kami - secara asasnya atas dasar bebas
cukai!
Kami warga kerja
Malaysia, yang juga merupakan pembayar cukai terbesar negara, sekarang kita
diminta oleh Kerajaan untuk hidup dengan loji nadir bumi gergasi di
persekitaran kediaman kita. Kita perlu untuk melakukan SEGALANYA sehingga kita
menghentikannya!!
Jika projek Lynas
ini tidak dihentikan, Malaysia akan bakal tercemar dengan imej yang buruk
sebagai tapak perlupusan terbesar di dunia
bagi sisa nadir bumi untuk sebuah syarikat Australia yang banyak memperolehi
perlindungan dan imuniti dari Kerajaan
berbanding dengan kita rakyat jelata. Kita tidak lagi akan pasti jika makanan
laut segar kita masih selamat dari pencemaran sisa nadir bumi kelak, kita akan was-was jika air yang kita minum
masih bersih dan bebas daripada pencemaran dan jika udara yang kita sedut
adalah bebas daripada zarah radioaktif atau mana-mana bahan cemar lain.
Apakah ertinya titik
peluh dan kerja keras kita jika kita akhirnya hidup dalam keadaan
ketakutan oleh pencemaran? Kita adalah warganegara, anak bumi ini, pembayar cukai di negara ini dan keluarga kita
akan meneruskan hidup dengan pengakhiran hidup yang penuh dengan risiko dan bahaya dari bahan buangan
radioaktif Lynas 'selama-lamanya. Malaysia akan menjadi bahan ketawa dunia
manakala Lynas dan pemilik-pemilik saham kapitalisnya akan ketawa ke bank sambil
mengambil kesempatan meraih keuntungan besar bagi diri mereka pada kebodohan
dan kemurahan hati kita!
Bukit Merah dan
tragedi yang dialami oleh penduduk –penduduk tempatan dan pekerja-pekerja
kilang Asean Rare Earth adalah dari bentuk
kematian awal; kanser yang terminal, kecacatan kelahiran, keguguran dan
pelbagai lagi kes berkaitan kesihatan sehingga ke hari ini - tidak pernah
diuruskan oleh Kerajaan. Malah sentiasa dinafikan dan disorokkan
fakta-faktanya!
RareEarth Asia
Mitsubishi (ARE) kilang ditutup lebih daripada dua puluh tahun yang lalu, namun
AELB,selaku yang pihak berkuasa dan
bertanggungjawab bagi kerja-walaupun itu pembersihan yang telah gagal untuk menghapuskan
semua sisa toksik yang dibuang oleh loji nadir bumi walaupun AS $ 100 juta kos
pembersihan yang telah dibayar oleh Mitsubishi . Hari ini, di persekitaran
Bukit Merah dan berhampiran bandaraya Ipoh, timbunan sisa toksik masih tertinggal
di mana mereka mencampakkannya, ianya kekal, terus mencemarkan tanah dan air,
menimbulkan risiko kesihatan dan bahaya kepada penduduk tempatan yang suatu
masa dahulu, hidup tanpa curiga.
Setelah berdepan dengan
fakta kegagalan ARE dan pencemaran yang ditinggalkannya, AELB sekali lagi gagal
melakukan tindakan yang betul untuk melindungi rakyat yang merupakan pembayar
cukai di negara ini, malah AELB telah bertindak untuk mengeluarkan satu lesen
operasi kepada Lynas Corporation.Tindakan ini amat mendukacitakan kita rakyat
Malaysia yang berharap kepada perlindungan dan penguatkuasaan dari pihak AELB.
Kilang Lynas
adalah hakikatnya sepuluh kali lebih besar dari kilang ARE dan beratus-ratus kali lebih sisa nadir bumi akan dihasilkan dan
ditinggalkan di kawasan padat dari segi alam sekitar dan penduduk sosial
Malaysia.
Melalui beberapa
siri tindakan yang berbentuk protes oleh SMSL di Pahang dan di Kuala Lumpur,
kami telah berjaya mewujudkan beberapa tekanan ke atas kerajaan – iaitu untuk
mengenakan syarat-syarat tertentu ke atas Lynas sebelum lesen operasi dapat
dikeluarkan. Kelewatan itu telah menyebabkan kerugian yang serius untuk Lynas -
sebulan $ 10 juta menurut Lynas. Ini
merupakan suatu pencapaian bagi kita, tetapi
ia tidak cukup baik sehingga loji nadir bumi ini DIHENTIKAN terus!
Jangan sekali-sekali
berfikir bahawa masalah loji nadir bumi
Lynas adalah isu Kuantan sahaja. Ia BUKAN. Ia adalah masalah negara dan setiap
rakyat yang mempunyai akal harus bertindak, dan menghentikannya sebelum ianya
terlambat
Kempen Stop Lynas
adalah kempen terbesar dan terkuat pernah disaksikan di Malaysia. Jika kita
gagal hari ini untuk menghentikan Lynas,
ia akan memberi Kerajaan kuasa untuk melakukan apa yang mereka suka tanpa merujuk kepada kita! Tidak mustahil
sekiranya nanti kita akan mempunyai loji janakuasa nuklear, kita akan mempunyai
estet petro kimia di Pengerang , dan
kita akan menerima lagi banyak industri
yang lebih toksik dan berbahaya berlabuh di pantai-pantai kita! Jika kita tidak
berdiri bersama-sama berganding bahu untuk melawan pertempuran besar terhadap
Lynas ini sekarang, kita tidak akan mempunyai peluang untuk memenangi mana-mana
pertempuran yang lain.
Negara-negara
maju tyang lain telah makin mengetatkan undang-undang alam sekitar mereka untuk
mengekan pencemaran alam sekitar dan juga untuk menenggani kerana ancaman perubahan iklim. Mereka iini
akan menyebabkan banyak syarikat –syarikat besar yang mencemar memburu untuk mencari negara-negara yang mereka
anggap “syurga longgar undang-undang” untuk meletak pelaburan kotor mereka
untuk melarikan diri dari undang-undang yang ketat dan
cukai berat di negara mereka sendiri
Kita mahukan Malaysia menjadi kebanggaan ASEAN, bukan
tempat lambakan bagi bahan pencemaran jangka panjang. Langkah pertama untuk
kita memulihkan kebanggaan kita dan maruah kita adalah untuk berdiri
bersama-sama untuk melawan Lynas.
Marilah kita
membuat supaya suara kita didengari dan dan dipatuhi. Marilah kita menunjukkan kepada
kerajaan kita bahawa kita adalah manusia yang layak menerima sebagaimana orang-orang
yang hidup di negara-negara maju. Kita mahu masa depan kita boleh berbangga,
duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan mereka yang tinggal di
negara-negara maju!
Datang dan
bersamalah menyertai kami sebagai SMSL.
No comments:
Post a Comment