Tuesday 25 July 2017

https://www.facebook.com/YBFuziahSalleh/posts/759620364206293:0

UPDATE: Lynas 'condisoil'


Jawapan Menteri jelas membuktikan bahawa CEO Lynas berbohong apabila beliau buat kenyataan bahawa 'condisoil' dari Lynas telah mendapat kelulusan SIRIM

Soalan saya untuk sesi MQT (Minister Question Time) pada hari ini 25/7/2017 adalah di rujuk.

Soalan saya berbunyi :

1) Puan Hajah Fuziah Salleh (Kuantan) Minta MENTERI Sains, Teknologi dan Innovasi (MOSTI) menjelaskan berkenaan kenyataan Lynas pada 19hb July 2017 bahawa mereka telah berjaya mencari kaedah untuk mencipta 'condisoil' daripada residue kilang Lynas yang telah mendapat pengesahan keselamatan dari SIRIM.

CEO Lynas, Amanda Lacaze telah membuat kenyataan bahawa 'condisoil' dari residue Lynas telah mendapat kelulusan SIRIM sewaktu majlis rumah terbuka Hari Raya anjuran Lynas dan kenyataan tersebut telah mendapat liputan media tempatan.

Akan tetapi jawapan Menteri MOSTI tadi menjelaskan bahawa kajian keselamatan oleh SIRIM masih dijalankan dan dijangka berakhir pada penghujung bulan Ogos.

Maka mana mungkin pihak SIRIM telah meluluskan 'condisoil' tersebut, sekiranya kajian keselamatan masih di jalankan. Malah Menteri juga bersetuju bahawa CEO Lynas telah 'jump the gun' dengan kenyataan tersebut.

Justeru itu saya ingin memberi amaran kepada Amanda Lacaze dan Lynas supaya jangan bermain dengan isu yang melibatkan keselamatan rakyat. Kami warga Kuantan bukan bodoh yang boleh dikelabui mata dan di mainkan sewenangnya oleh initiatif perhubungan awam pihak Lynas.

Ada banyak lagi yang Lynas patut buat dari segi keselamatan awam seperti mengenalpasti tapak PDF ( Permanent Disposal Facility) yang sehingga kini masih belum dikenalpasti, walaupun ianya wajib dikenalpasti dalam tempoh 10 bulan TOL (Temporary Operating License) keatas Lynas di keluarkan pada September 2012. Juga syarat yang di kenakan ialah Lynas wajib kenalpasti PDF walaupun ada pelan alternative untuk residue Lynas, seperti kitar semula dan sebagainya.

Jangan ingat apabila Lynas menanam pokok di Kuantan, ianya terus menjadikan Lynas satu industri hijau. Juga jangan ingat apabila Lynas beri sumbangan kepada orang miskin, itu terus menunjukkan Lynas mempunyai sifat bertanggungjawab. Warga Kuantan tidak sebodoh itu untuk terus dipermainkan

Berbohong didalam sidang media ialah satu jenayah Corporate kepada awam. Ianya menunjukkan bahawa syarikat tersebut tidak bertanggungjawab dan tidak boleh dipercayai. Syarikat tersebut ialah Lynas Corporation (M) Sdn Bhd.

Hajah Fuziah Salleh
Ahli Parlimen Kuantan
Parti Keadilan Rakyat
Pakatan Harapan
#BinaSemulaNegara



No comments:

Post a Comment