Tuesday 28 August 2012

Mahkamah Tinggi Kuantan Akan Dengar Permohonan Stop Lynas

Mahkamah Tinggi Kuantan Akan Dengar Permohonan Stop Lynas

Mahkamah Tinggi Kuantan akan mendengar dua permohonan dari gerakan Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) untuk semakan semula kehakiman berhubung pemberian lesen operasi sementara (TOL) projek loji nadir bumi Lynas Corp.

Jurucakap SMSL, Tan Bun Teet berkata, permohonan pertama untuk membatalkan TOL yang diberikan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) kepada syarikat itu pada 30 Januari.
Tan berkata TOL itu diberikan walaupun tiada laporan penilaian impak alam sekitar (EIA).

Semakan yang kedua adalah keputusan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi untuk tidak menarik balik TOL tersebut selepas mendengar rayuan dari sekumpulan penduduk Kuantan.
Penduduk tersebut bersama peguam dan pakar telah mengemukan bukti kepada satu panel MOSTI pada April 17 berkenaan bahaya dan risiko kesihatan projek tersebut.

“Kami percaya bahawa Menteri telah bertindak secara tidak adil terhadap kami dan keputusannya adalah tidak adil.
“Kami kini membawa perkara itu kepada Mahkamah untuk mengkaji dan untuk membatalkan TOL,” kata Tan.

Jelas Tan lagi, Lynas Corporation Australia pada mulanya memohon menjadi suatu pihak kepada prosiding itu. Tetapi peguamnya menarik diri pada saat-saat terakhir untuk sebab yang tidak diketahui.
“Kami tidak pasti jika permohonan kita akan diterima atau dibuang keluar dari mahkamah.
“Kami amat berbesar hati bahawa permohonan kami diterima oleh mahkamah,” ujarnya.
Menurut Tan lagi, Mahkamah akan menyambung semula untuk menentukan tarikh pendengaran dan lain-lain perkara yang berkaitan.
“Kuantan adalah bandar rumah kami. Setiap seorang daripada kita telah banyak melabur untuk membuatkan bandar ini sebagai tempat yang istimewa.
“Kita perlu melakukan segala yang mungkin untuk melindungi ia, terutama daripada bahaya berpunca dari kilang penapisan Lynas nadir bumi itu, ” katanya.

Kira-kira 200 penyokong SMSL yang hadir di mahkamah untuk mendengar keputusan permohonan itu.

No comments:

Post a Comment