Tuesday 21 June 2011

BERITA TERKINI: Mahasiswa sokong BERSIH 2.0 dan dokong Rakyat Gebeng -Merdeka Review

Dalam kehangatan massa memperbincangkan mengenai Himpunan Aman BERSIH 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai ini, Mahasiswa konsisten untuk terus memberi perhatian kepada perkara asas perjuangan iaitu membela rakyat Gebeng yang sedang diancam risiko keselamatan.  Mahasiswa tegaskan bahawa mahasiswa menyokong sepenuhnya Himpunan Aman BERSIH 2.0 dan akan mengerahkan sepenuhkan kekuatan untuk bersama dengan rakyat pada perhimpunan tersebut.
Namun bagi mahasiswa, BERSIH 2.0 bukan kemuncak kepada perjuangan mahasiswa  dalam membina negara Malaysia yang lebih baik.  Hal ini kerana masih banyak prioriti yang lebih penting untuk mahasiswa perhalusi seperti isu rakyat Gebeng yang sedang berhadapan dengan ancaman bahaya radiasi apabila syarikat Lynas terus berkeras untuk meneruskan rancangan pembinaan kilang pemprosesan nadir bumi di kawasan tersebut.
Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) tegaskan bahawa mahasiswa menyokong sepenuhnya pendirian rakyat Gebeng yang menolak pembinaan kilang tersebut dikawasan mereka.  Oleh itu SMM dengan kerjasama 11 kumpulan mahasiswa akan mengadakan Jelajah Mahasiswa Selamatkan Rakyat Gebeng pada 24 sehingga 25 Jun ini.  Jelajah ini antara lain memberi fokus untuk membangkitkan kefahaman dan kesedaran dalam kalangan rakyat Gebeng khususnya generasi muda mengenai hak mereka yang perlu dipertahankan.
Mahasiswa merasa sangat terkesan apabila mendengar sendiri rintihan anak muda dan warga Gebeng semasa lawatan pertama ke Gebeng pada 11 Jun yang lalu.  Apabila kami bertanya kepada generasi muda yang berumur sekitar 15 hingga 16 tahun, mereka menjelaskan bahawa tanpa Lynas mereka sudah hidup dalam keadaan yang cukup tidak selesa apabila rumah sentiasa berdebu dan udara sering berbau.  Mereka juga merasakan dengan adanya Lynas semestinya akan meningkatkan ancaman bahaya terhadap kehidupan mereka.
Bagi warga tua yang sudah mendiami di sekitar kawasan Lynas selama puluhan tahun pula berkata, mereka tidak ada pilihan lain selain berpindah bagi menjamin masa depan mereka dan generasi mereka.  Mereka tidak sanggup berhadapan dengan ancaman radiasi yang boleh menimpa mereka seperti mana yang telah menimpa warga Bukit Merah suatu ketika dahulu.
Dalam aktiviti tiga hari dua malam tersebut, mahasiswa akan menjelajah dari pintu ke pintu dengan bahan edaran untuk masyarakat setempat.  Bahan edaran tersebut mengandungi fakta radiasi yang pernah berlaku di Bukit Merah dan juga lampiran cerita peristiwa Chernobil yang pernah menggemparkan seluruh dunia.  Selain itu, mahasiswa juga akan mengadakan malam santai anak muda untuk membolehkan mahasiswa berada lebih dekat dengan generasi muda Gebeng.  Antara aktiviti yang akan diadakan adalah seperti tayangan video Chernobil, Bukit Merah dan juga perkongsian ilmiah antara mahasiswa dan anak muda Gebeng.
Ini merupakan langkah awal mahasiswa untuk membuktikan betapa mahasiswa memandang berat terhadap tekanan yang sedang dihadapi oleh rakyat di Gebeng.  Mahasiswa tidak menolak untuk mengadakan aksi seterusnya jika keadaan mendesak untuk mahasiswa terus menekan pihak yang bertanggungjawab daripada terus menganiaya rakyat.  Dalam masa terdekat juga mahasiswa akan menyerahkan memorandum kepada pihak Kedutaan Asia bagi memohon sokongan mereka terhadap perjuangan rakyat Malaysia yang menolak pembinaan kilang Lynas.
Mahasiswa meyakini bahawa negara serantau juga berhak merisaui kekalutan semasa ini yang boleh mendatang kesan yang boleh memudaratkan banyak pihak termasuk negara-negara jiran kepada Malaysia.  Sesungguhnya mahasiswa berasa sangat hairan mengapa Kerajaan Malaysia menerima projek yang berisiko tinggi seperti Lynas sedangkan negara Australia sendiri tidak menerima cadangan pembinaan kilang tersebut di negara mereka.  Mahasiswa bertekad untuk berjuang bersama rakyat Gebeng sehingga masyarakat di sana benar-benar bebas daripada ancaman radiasi.
*Kenyataan media oleh Ahmad Syukri Ab Razab (gambar kiri) selaku Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)



Disokong penuh oleh:
Nama: Ahmad Afif Bin Ahmad Mohtari Yasim
Jawatan: Exco Pendidikan dan Penyelidikan
Nama Pertubuhan: Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Nama: Khairul Fadhli Ismail
Jawatan: Presiden
Nama Pertubuhan: Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA)

Nama: Wong Sweenee
Jawatan: Setiausaha Pengurusan
Nama Pertubuhan: Malaysia Youth and Students Democratic Movement  (DEMA)

Nama: Mohd Syahid Zaini
Jawatan: Presiden
Nama Pertubuhan: Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN)

Nama: Mohd Nazreen bin Jaafar
Jawatan: Setiausaha 
Nama Pertubuhan: Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI)

Nama: Masturah Binti Abu Bakar
Jawatan: Koordinator
Nama Pertubuhan: Sister’s In Movement (SIM)

Nama: Muhammad Shahimi Ariffin
Jawatan: Koordinator
Nama Pertubuhan: Aksi Mahasiswa Peduli (AKSI)

Nama: Mohd Taufiq Abdul
Jawatan: Pengerusi
Nama Pertubuhan: Pro-Mahasiswa Nasional (Pro-MN)

Nama: Ahmad Syazwan Hassan
Jawatan: Presiden
Nama Pertubuhan: Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS)

[+] Source: MerdekaReview.com

2 comments:

  1. DO YOU NEED A PERSONAL/BUSINESS/INVESTMENT LOAN? CONTACT US TODAY VIA WhatsApp +19292227023 Email drbenjaminfinance@gmail.com

    HELLO
    Loan Offer Alert For Everyone! Are you financially down and you need an urgent credit/financial assistance? Or are you in need of a loan to start-up/increase your business or buy your dream house. Are you in search of a legit loan? Tired of Seeking Loans and Mortgages? Have you been turned down by your banks? Have you also been scammed once? Have you lost money to scammers or to Binary Options and Cryptocurrency Trading, We will help you recover your lost money and stolen bitcoin by our security FinanceRecovery Team 100% secured, If you are in financial pains consider your financial trauma over. We Offer LOANS from $3,000.00 Min. to $30,000,000.00 Max. at 2% interest rate NO MATTER YOUR CREDIT SCORE. GET YOUR INSTANT LOAN APPROVAL 100% GUARANTEED TODAY VIA WhatsApp:+19292227023 Email: drbenjaminfinance@gmail.com


    ReplyDelete
  2. Hello Everyone,

    Welcome to the future! Financing made easy with Prof. Mrs. DOROTHY LOAN INVESTMENTS

    Have you been looking for financing options for your new business plans, Are you seeking for a loan to expand your existing business, Do you find yourself in a bit of trouble with unpaid bills and you don’t know which way to go or where to turn to? Have you been turned down by your banks? MRS. DOROTHY LOAN INVESTMENTS says YES when your banks say NO. Contact us as we offer financial services at a low and affordable interest rate of 2% for long and short term loans. Interested applicants should contact us for further loan acquisition procedures via Whatsapp +12156195367 profdorothyinvestments@gmail.com

    Services rendered include:

    * Refinancing Loans
    * Car Loan
    * Truck Loans
    * COVID-19 Financing Loan
    * Home Loan
    * Mortgage Loan
    * Debt Consolidation Loan
    * Farm Loan
    * Business Loan [secure and unsecured]
    * Personal Loan [secure and unsecured]
    * Students Loan and so many others.

    For more info; Contact us via WhatsApp Number +12156195367 Email profdorothyinvestments@gmail.com

    With Prof. Mrs. DOROTHY LOAN INVESTMENTS. you can say goodbye to all your financial crisis and difficulties as we are certified, trustworthy, reliable, efficient, fast and dynamic

    ReplyDelete